Kerajaan bersetuju mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari luar negara, FSI kepada pembayar cukai pemastautin berdasarkan kategori dan syarat substantif.

Pengecualian tersebut berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan menjelaskan, bagi kategori pembayar cukai individu, pengecualian diberikan kepada semua individu kecuali yang menjalankan perniagaan perkongsian di Malaysia, tertakluk kepada cukai bagi pendapatan FSI yang diterima.

Bagi kategori bukan pemastautin merangkumi individu, syarikat dan lain-lain, masih kekal layak dikecualikan cukai pendapatan.

FSI yang diterima dalam tahun taksiran 2022 dikecualikan daripada pengiraan cukai bagi Cukai Makmur.

Bagi memastikan pasaran saham kekal rancak dan dinamik, kerajaan turut menetapkan kadar duti setem 0.15 peratus ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok.

Amaun maksimum duti setem yang dikenakan bagi setiap nota kontrak dihadkan sehingga RM1,000 dan amaun melebihi jumlah itu akan diremitkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini