Perkhidmatan kereta api di London dijangka lumpuh mulai Selasa akibat mogok terbesar dalam industri selama lebih 30 tahun susulan isu gaji, pekerjaan dan persekitaran tempatan kerja.

Anggota Kesatuan Rel, Maritim dan Pengangkutan (RMT) di Network Rail (NR) dan 13 pengendali kereta api akan mogok pada Selasa, Khamis dan Sabtu.
Hanya sekitar satu daripada lima tren akan beroperasi dan menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan selepas tindakan itu.

Pemimpin kesatuan Mick Lynch berkata,  ahli kesatuan berdepan dengan ribuan pemberhentian pekerjaan dan terpaksa bekerja lebih masa dengan gaji yang tidak setimpal.

RMT dan Unite juga mengadakan 24 jam mogok di London Underground yang akan menyebabkan gangguan besar kepada Tube.

Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps telah memberi amaran kepada kesatuan bahawa mogok kereta api minggu itu akan memberi kesan buruk kepada industri dan  menyusahkan berjuta-juta orang di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini