Video antivaksinasi oleh kumpulan ‘Healing the Divide’, di YouTube yang disiarkan di saluran pengasasnya Iris Koh, sudah dipadam oleh Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)

Video yang mengandungi dakwaan palsu dengan memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya vaksinasi, dipadamkan daripada YouTube oleh Google, kerana melanggar garis panduan komuniti syarikat itu.

Video berkenaan termasuk bertajuk “Town Hall Meeting: United We Stand For Choice” dan “Healing the Divide: Remembering Those We Love and Lost”.

MOH dalam satu kenyataan berkata, saluran Iris mempunyai sejarah menyiarkan dan berkongsi kandungan yang menyebarkan kepalsuan dan maklumat mengelirukan tentang COVID-19 dan vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini