Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama mengumumkan  keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) dan menjadi wakil rakyat bebas.

Dalam sidang medianya di Kota Kinabalu hari ini, Mohamaddin memberitahu akan kekal sebagai ahli Parlimen bebas di peringkat negeri dan Persekutuan.

Mohamaddin berkata beliau keluar parti bagi memberi tumpuan untuk memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama, yang dakwa beliau tiada kemajuan sampai ke kawasan tersebut. 

Mohamaddin turut menegaskan bahawa beliau mengambil tindakan keluar parti itu atas kerelaan sendiri.

Ketika ini, Warisan mempunyai 19 kerusi DUN selepas tiga wakil rakyatnya meninggalkan parti untuk menjadi ADUN Bebas

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini