Tokoh usahawan terkenal Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dilantik sebagai penaung Kedah Darul Aman – KDA FC. Pelantikan itu diumukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merangkap Presiden, Persatuan bola sepak Kedah (KFA).

Beliau merancang untuk mewujudkan jaringan pintar antara KDA FC dengan semua pemegang taruh berkaitan seperti pihak penaja daripada pelbagai sektor dan geografi, pihak NGO dan paling penting komuniti Kedah. Dalam menjadikan KDA FC bertaraf antarabangsa katanya, dana kewangan sahaja belum mencukupi.

Antara fokus utama beliau bagi tahun 2022 ialah menyediakan dana bagi membina pusat latihan KDA FC selain rancangan tempoh sederhana 2 hingga 3 tahun untuk membina stadium KDA FC sendiri. Antara empat paksi utama yang menjadi tumpuan beliau adalah Prestasi, Kewangan, Fasiliti dan Komuniti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini