Boustead Holdings Berhad mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif baharu.

Pengarah Urusan, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dalam kenyataannya berkata, pengalaman luas Datuk Seri Mohd Redzuan dalam sektor awam dan korporat mampu menyumbang kepada kejayaan kumpulan pada masa hadapan.

Datuk Seri Mohd Redzuan pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum menjalankan tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tugas-Tugas Khas.

Kepimpinan beliau dapat membantu matlamat strategik kumpulan untuk memacu pembaharuan selain menjaga kepentingan pemegang taruh.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera, LTAT merupakan pemegang saham utama Boustead Holdings.

Antara aktiviti perniagaan utama kumpulan termasuk perladangan, hartanah dan farmaseutikal. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini