Kira-kira 12,000 graduan akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan program MoHE x Shopee: Siswa Mall.

Program itu menyediakan latihan dalam aspek e-dagang serta kemahiran berniaga secara dalam talian kepada graduan institut pengajian tinggi (IPT) untuk tahun 2019 hingga 2021.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, program itu merupakan hasil kerjasama strategik KPT dengan Shopee Malaysia bagi membentuk lebih ramai usahawan dalam kalangan mahasiswa dan graduan IPT berpandukan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025.  Setiap mahasiswa yang berjaya dilatih dan memulakan kedai di Shopee, akan turut menerima ‘Pakej Bantuan Usahawan Siswa’.

Pakej tersebut merangkumi baucar kedai Shopee, kredit iklan serta manfaat lain. Beliau berucap dalam majlis pelancaran MoHE x Shopee: Siswa Mall di UiTM Shah Alam.                 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini