Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menghantar barisan atlet elit bagi mewakili negara ke temasya Sukan Sea Vietnam 2022.

Perkara itu diumum Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria sekaligus bermakna tiada campuran atlet muda dan pelapis dalam kontingen Sukan SEA edisi ke 31 akan datang.

Menurut beliau, tempoh masa sehingga Februari 2022 akan digunakan bagi menilai prestasi atlet untuk dipilih ke sukan terbesar ASEAN tersebut.

Jelasnya lagi, syarat kelayakan ke Sukan Sea bagi kategori A masih sama iaitu atlet perlu berada di kedudukan tiga teratas.

Manakala syarat baharu ditetapkan bagi kategori B, di mana atlet perlu berada dalam kelompok enam terbaik untuk layak berbanding lapan sebelum ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini