Berpuluh-puluh ekor monyet hidup diikat dalam guni-guni kecil ditemui di bangunan terbengkalai di wilayah Saraburi, Thailand.

Kesemua monyet ditinggalkan di kawasan itu setelah dipercayai gagal di seludup keluar oleh pedagang haram hidupan liar.

Dalam video disiarkan stesen televisen tempatan Nation TV, puluhan monyet ditemukan dalam beg yang diikat dengan tali dan zip plastik.

Seorang penduduk memberitahu bunyi daripada 100 ekor monyet terbabit membawa dia dan jirannya ke lokasi tersebut sebelum bertindak melepaskan kebanyakan monyet dengan menggunting beg dan melaporkan penemuan itu kepada polis.

Jabatan Taman Negara Thailand belum memberi respons terhadap penemuan tersebut namun telah menyelamatkan monyet terbabit dan dibawa ke pusat kuarantin hidupan liar.

Thailand dan Asia Tenggara sering kali dikaitkan dengan aktiviti pemburuan dan pemerdagangan haram hidupan liar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini