Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersetuju memberi moratorium kepada usahawan mikro dan informal yang mendapat pembiayaan daripada agensi di bawahnya.

Ini berikutan ramai peniaga terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.

Dalam satu kenyataan Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata sebagai permulaan moratorium akan diberi kepada mereka yang menerima pembiayaan di bawah Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Tekun Nasional akan memberi moratorium selama enam bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir dan memperuntukkan sejumlah RM30 juta.

Manakala pemberian moratorium di bawah AIM pula secara automatik kepada Sahabat AIM bermula 20 Disember 2021 hingga 31 Januari tahun depan.

Sahabat AIM yang terjejas akibat banjir juga akan menerima Bantuan Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS). 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini