Bagi melahirkan lebih ramai pakar sains, teknologi dan inovasi, kempen promosi dan pertandingan Malaysia Tech-lympics dilancarkan.

Inisiatif berkonsepkan pembelajaran eksperimental itu melibatkan penyertaan individu seawal usia tujuh tahun.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata inisiatif Malaysia Techlympics akan menyokong inovasi pencipta muda berteraskan teknologi Revolusi Industri 4.0.

Peserta terlibat akan mengikuti program secara maya dan bersemuka.

Inisiatif digerakkan menerusi tema perhubungan, persaingan dan keraian.

Antara aktiviti bakal dijalankan, kejuruteraan pengkomputeran dan pengkomputeran mikro,  robotik, animasi serta pencetakan dan pembangunan 3D.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini