Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) akan membuat pertemuan kedua dengan industri utama perternakan meliputi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), awal bulan depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba menyatakan inisiatif ini bagi membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti makanan sekaligus menangani isu sekuriti makanan melalui teknologi.

Pertemuan secara berperingkat dilaksanakan bermula 15 Jun lalu bagi menghubungkan pemain industri dengan 46 teknologi sedia ada meliputi pertanian pintar, akuakultur dan teknologi internet kebendaan (IoT).

Selain pertemuan mengikut senarai dengan peternak, pihak MOSTI juga akan memberi peluang kepada peternak untuk melihat teknologi sedia ada agar pemain industri dapat mengadaptasi penggunaan teknologi dalam pertanian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Rangkaian ‘Southeast Asia Science Advice Network’ di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini