Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberi penekanan terhadap bidang penyelidikan pembangunan eksperimental dengan menyalurkan pembiayaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia bagi memanfaatkan peruntukan RM423 juta oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 kepada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut Dr Adham aktiviti R&D mampu menjana pendapatan menerusi usaha pengkomersialan produk serta teknologi tempatan.

Bagi memperkasa program strategi MyStartup oleh Cradle Fund Sdn Bhd, Dr Adham berkata pihaknya akan memberi sokongan terhadap setiap peringkat perkembangan dan pertumbuhan syarikat-syarikat pemula yang berpotensi.

Katanya lagi RM20 juta diperuntukkan bagi memulih dan membina daya tahan syarikat-syarikat terbabit.

Beliau yang menyifatkan Bajet 2022 sebagai input menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat berkata MOSTI terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah dirangka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini