Usaha memperkasa jaminan keselamatan makanan negara terus dipergiat kerajaan. Bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), fokus tertumpu kepada usaha memperluas penggunaan teknologi dalam kalangan pemain industri pertanian dan penternakan.

Ia berupaya mengurangkan kos operasi, selain memacu produktiviti makanan, seterusnya menangani isu keselamatan makanan.

Pertemuan bersama pemain industri penternakan dan pertanian telah diadakan secara berperingkat mulai 15 Jun lalu. Akuaponik, kecerdasan buatan (A-I) dan internet kebendaan (IoT) antara teknologi yang didedahkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini