Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, (MOSTI) memperuntukan  RM1.05 juta untuk pembangunan peranti mudah alih saringan dan pemantauan Covid-19, i-Breath.

Prototaip i-Breath  telah memasuki proses klinikal, yang akan mengambil masa enam bulan, sebelum dijangka dipasarkan menjelang tahun depan.

Menteri, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, peranti itu mempunyai 93 peratus tahap sensitiviti mengesan covid-19 dengan kepantasan keputusan hanya dalam tempoh 20 saat

Ia hasil inovasi penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pusat Nanoteknologi Kebangsaan dan Institut Bioteknologi Malaysia.

i- Breath dilengkapi skrin memaparkan ciri pernafasan, dan membolehkan pengguna memantau kesihatan mereka menerusi telefon pintar, selain dilengkapi storan data kad USB.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini