Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedia membantu lebih ramai golongan B40 terlibat dalam perusahaan minyak pokok gelam menerusi dana Malaysia Social Innovation (MySI).

Ia susulan kejayaan projek komuniti yang dijalankan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata  minyak pokok gelam adalah satu sumber kekayaan yang boleh memberi sumbangan ekonomi sekiranya dikomersialkan dengan baik khususnya untuk golongan B40.

Terdahulu beliau melawat makmal pengekstrakan minyak pokok gelam Yayasan Inovasi Malaysia di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) di kuala nerus. 

Buat permulaan 38 belia dari Kampung Padang Jejawi, Setiu dan warga Pusat Tahfiz Lil Faizin di Seberang Takir menyertai program berkenaan. 

Ketua penyelidik projek Profesor Dr Hafizan Juahir berkata,  buat masa ini, pihaknya belum mengkomersialkan minyak pokok gelam secara besar-besaran, hanya untuk pasaran tempatan seperti sabun gelam dan minyak yang sesuai untuk rawatan luka kecil dan kecantikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini