Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyasarkan tambahan 1,000 lagi inidvidu sebagai perintis Program Pembangunan Inovasi, tahun depan.

Ia bagi memperkasa inovasi sosial melalui teknologi inovasi tempatan dan merekacipta teknologi yang tidak hanya bergantung kepada luar negara.

Menterinya Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), peruntukan RM15 juta untuk pembangunan produk tempatan yang memberi manfaat kepada 5,000 perintis di negara ini.

Menerusi YIM, dua lagi ruang Fasiliti Ruang Reka akan dibangunkan di Bandar Tenggara, Johor dan Bera, Pahang menjelang akhir November ini.

Ia meliputi pertambahan ruang reka sedia ada di Paroi, Negeri Sembilan dan Kuala Terengganu.

Beliau melawat Pasar Awam Bandar Tenggara di Kota Tinggi, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini