Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba yang memulakan tugas secara rasmi berkata, tumpuan MOSTI adalah untuk mengetengahkan bidang inovasi dalam bentuk ekonomi.

Ini termasuk perancangan mengenai kaedah inovasi yang boleh meningkatkan ekonomi masyarakat selain memberi sumbangan kepada dunia dengan menjadi pengeksport dalam bidang sains dan teknologi. Beliau bercakap pada sesi interaksi bersama Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ir. Dr Hamisah Tapsir dan warga kerja MOSTI secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini