Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) optimis akan terus berperanan aktif dalam menggubal dan melaksanakan konvensyen antarabangsa, selain mempromosi amalan selamat dan mampan, dalam operasi perkapalan serta pelabuhan.

Buktinya, dengan penganjuran  kongres Pertubuhan Pelabuhan Antarabangsa (IHMA), yang bertemakan ‘Shaping for a Better, Safer future’ yang berlangsung selama empat hari di ibu negara

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, ketika ini Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menjadi antara pelabuhan tersibuk di dunia yangberfungsi sebagai pintu masuk utama negara ini.