Kementerian Pengangkutan mengumumkan syarat bagi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara Malaysia-Singapura yang akan bermula 29 November ini.

Antaranya pengembara dari Singapura tidak perlu memohon kebenaran perjalanan ke Malaysia di bawah VTL memandangkan kemudahan kemasukan akan diproses semasa ketibaan.

Ini termasuk tidak perlu memohon MyTravelPass daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Di samping itu, pengembara mesti telah lengkap divaksinasi dan berada di Singapura dan atau Malaysia dalam tempoh 14 hari berturut-turut sebelum berlepas ke Malaysia.

Pelawat jangka pendek mesti mendapatkan visa sah untuk pelawat selain perlu membeli tiket pergi dan balik serta insurans perjalanan dengan perlindungan minimumĀ  100 ribu ringgit untuk kos rawatan perubatan hospital berkaitan COVID-19.

Pelancong juga mesti menjalani ujian RT-PCR dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa tiba di KLIA.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini