Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan sektor pelancongan di seluruh negara boleh dibuka kepada pelancong antarabangsa seawal Disember ini.

Bagaimanapun, menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketika ini kementerian akan memantau terlebih dahulu Projek Rintis Pulau Langkawi yang akan bermula 15 November ini.

Merujuk Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik di Pulau Langkawi, beliau memaklumkan bagi tempoh 16 September sehingga 15 Oktober lepas, Pulau Langkawi telah menerima kemasukan lebih 100,000 pengunjung dari seluruh negara.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Karupaiya MutusamI (PH-Padang Serai) yang mahu tahu garis masa pembukaan sektor pelancongan di seluruh negara kepada pelancong asing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini