Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melancarkan Minggu Budaya Malaysia (MBM) 2021 secara hibrid, bermula hari ini sehingga 30 Oktober 2021.

Menurut Menterinya, Datuk Sri Nancy Shukri, program tersebut adalah permulaan bagi menterjemahkan strategi Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 yang bakal dilancarkan esok.

Tambah beliau, program itu juga mendorong interaksi budaya dalam usaha memperkukuhkan kebudayaan secara inklusif.

Dalam masa sama beliau turut memaklumkan program berkenaan bakal melibatkan sepuluh Agensi di bawah MOTAC yang mempunyai signature produk masing-masing. 

Pelbagai aktiviti menarik diatur oleh setiap agensi terlibat bagi pengisian menerusi platform Facebook MOTAC serta laman sesawang khusus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini