Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, MOTAC, menyasarkan 4.5 juta ketibaan pelancong dengan pendapatan pelancongan RM11.1 bilion bagi tahun 2022.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, sasaran baharu itu didorong faktor pembukaan semula aktiviti pelancongan seluruh negara, peningkatan kadar vaksinasi, pembukaan sempadan negara serta pelaksanaan Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan.

Pihaknya optimis sasaran tersebut akan terus meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Semakan sasaran seterusnya dijangka dilaksanakan menjelang September ini.

MOTAC sebelum ini menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong dari luar negara tahun ini dengan keuntungan melebihi RM6.8 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini