Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, melalui Kraftangan Malaysia menawarkan baucar rebat tunai bagi pembelian produk kraf tempatan.

Insentif itu ditawarkan di 10 outlet Karyaneka termasuk di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, Rubiah Awang berkata pelancong yang berkunjung ke semua outlet Karyaneka itu berpeluang mendapatkan potongan harga rebat tunai sebanyak 30 ringgit bagi setiap pembelian bernilai RM100

Inisiatif itu juga membantu merancakkan semula industri beli-belah dalam negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dengan adanya insiatif rebat tunai itu, ia memberi peluang kepada usahawan kraf meningkatkan pengeluaran produk kraf.

Pembukaan semula Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan semua outlet Karyaneka dapat menarik lebih ramai lagi pelancong ke Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini