Seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai, Pekan,
Pahang meninggal dunia selepas terlibat kemalangan.
 
Kemalangan berlaku 3.20 petang di kilometer 411.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 dekat Kawasan Rehat dan Rawat Ajil, arah Telemong di Hulu Terengganu. 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Supritenden Mohd Adli Mat Daud berkata mangsa Sohaimi Karim, 54 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu.
 
Siasatan awal mendapati, Allahyarham menunggang seorang diri dari arah Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu menuju ke Pekan, Pahang.
 
Ketika tiba di lokasi kejadian motosikal berkuasa tinggi itu hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sehingga tercampak dan terjatuh ke kawasan berumput.
 
Mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk di saring ujian Covid-19 dan bedah siasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini