Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) akan bertindak menangkap dan melelong haiwan ternakan yang dikesan berkeliaran sekitar pulau peranginan itu.

Manakala pemiliknya perlu mengikut prosedur lelongan jika mahu mendapatkan semula ternakan mereka. 

Setiausaha MPLBP Noorul Azyyati Ahmad Salmi berkata, tindakan itu dibuat susulan sering menerima aduan daripada orang ramai.

Tegasnya lagi, MPLBP tidak lagi mengenakan kompaun kepada pemilik, sebaliknya haiwan ternakan akan terus ditangkap terutama lembu dan kerbau yang dikesan merayau di tempat awam atau kawasan perumahan.
 
Tindakan itu dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (MPLBP) 2002 bagi memastikan jalan raya dan kawasan perumahan bebas haiwanmerayau.

Setakat ini, MPLBP sudah menangkap lebih 20 ekor lembu yang akan melalui proses bidaan dan lelongan awam sehingga akhir tahun ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini