Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sebulat suara meluluskan permohonan Persatuan Pedang Kerusi Roda dan Persatuan Teqball Malaysia untuk menjadi ahli gabungan bandan induk itu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Tambah Datuk Seri Megat, AGM turut bersetuju meluluskan penubuhan Persatuan Para Renang Kebangsaan Malaysia.

Ujar beliau, MPM turut menerima permohonan tiga persatuan baharu untuk menjadi ahli gabungan badan induk itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung (AGM) di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini