Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan terus memberi pendedahan kepada ramai lagi atlet paralimpik di arena antarabangsa, bagi memastikan mereka lebih cemerlang pada masa hadapan.

Perkara itu ditegaskan Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin selepas menyaksikan kontinjen negara memenangi tiga emas, lima perak dan lima gangsa di Sukan Belia Para Asia (AYPG) 2021 di Bahrain baru-baru ini.

Menurut Datuk Seri Megat pencapaian itu membuktikan peningkatan kualiti atlet para negara, sekali gus memastikan perancangan lebih besar akan dilakukan terhadap mereka. Beliau turut gembira selepas Majlis Sukan Negara telah menyediakan peruntukan untuk mereka mencari bakat baharu untuk dibangunkan sebagai atlet Paralimpik pada masa akan datang.

Pada AYPG tersebut, perenang Zy Lee Kher tampil cemerlang apabila memenangi tiga pingat iaitu, emas dalam acara 200 meter gaya bebas lelaki, perak dalam 200m kuak kupu kupu dan gangsa dalam 200m rampaian individu.

Dua lagi pingat emas disumbangkan Ong Jia Xuan dalam ada 100m kuak dada danĀ Gloria Gracia Wong Sze dalam acara pingpong perseorangan wanita. Sejumlah 13 atlet Malaysia berusia antara 12 hingga 21 tahun mengambil bahagian dalam enam jenis sukan iaitu renang, olahraga, pingpong, powerlifting dan boccia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini