Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan agar Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri memulakan perbincangan untuk meneliti, merancang dan mencadangkan langkah membuka semula sempadan negara dengan segera dan selamat.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia merupakan langkah penting bagi menyokong proses pemulihan negara.

“Cadangan kita supaya satu jawatankuasa dibentuk antara beberapa kementerian tadi dan bentangkan balik kepada pihak majlis tentang bila dan bagaimana caranya sempadan negara kita dapat dibuka secara berperingkat”.

“Kalau tidak ada satu perancangan yang jelas kita bimbang bahawa penutupan sempadan kita ni dalam satu tempoh yang tidak menentu akan membawa kesan kepada cepat atau lambat proses pemulihan negara”.

MPN turut mengesyorkan agar Agensi Pengurusan Bencana Negara membuat perancangan awal, bagi persiapan sebelum bencana banjir dan langkah pemulihan pasca banjir yang berlaku setiap tahun.

Dalam pada itu, Tan Sri Muhyuddin Yassin turut menyatakan, kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Pencapaian itu dapat dilihat antaranya menerusi kejayaan Program imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang membolehkan pembukaan sektor sosial dan ekonomi dengan segera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini