Dana RM10 juta diperuntukkan oleh Majlis Getah Malaysia (MRC) bagi menggalakkan penghasilan idea baharu bagi produk berasaskan getah.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin, peruntukan dana itu perlu memandangkan beberapa produk seperti sarung tangan berdepan penurunan permintaan berikutan situasi semasa Covid-19 yang semakin pulih.

Dana itu terbuka kepada semua penyelidik tempatan dalam dan luar negara bagi menggalakkan penjanaan idea, inovasi dan ciptaan bagi produk baharu yang memiliki daya komersial yang tinggi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan ‘Global Funding for Rubber Innovation di Ibu Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini