Majlis Getah Malaysia (MRC) memberi tumpuan kepada pengeksportan produk getah lain bagi mengimbangi permintaan yang berkurangan terhadap sarung tangan getah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Hizwan Ahmad menyatakan, ini memandangkan permintaan dan penggunaan sarung tangan getah semakin rendah setelah negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

Pada masa sama, pihaknya akan turut meneroka pasaran baharu bagi produk sarung tangan getah tempatan.

MRC juga katanya, sedang memantau rapat harga sarung tangan getah agar permintaan terhadap produk itu kekal stabil.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MRC di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini