Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menaiki MRT laluan Putrajaya fasa satu dari stesen MRT Kampung Batu ke Stesen Sri Damansara Sentral.

Turut mengiringi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu manakala Laluan Fasa Dua yang hampir siap sepenuhnya, melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya. Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka kepada pengguna mulai hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini