Majlis Rumah terbuka Malaysia MRTM Deepavali 2021 berlangsung di Matic, Jalan Ampang Kuala Lumpur mula dikunjungi orang ramai sejak dibuka pagi tadi.

Dibuka kepada orang ramai dengan dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan di samping pengunjung yang telah lengkap divaksin.

MRTM yang dianjurkan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya turut menyediakan kiosk pameran dan demonstrasi berkaitan budaya masyarakat India dari pelbagai agensi.

Orang ramai bukan sahaja berpeluang mendapatkan info berkaitan malahan boleh mencuba masakan yang sinonim dengan masyarakat India di Malaysia.

Kemuncak MRTM Deepavali 2021 ini akan disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri pukul 8.00 malam ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini