Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) akan dibubarkan jika  Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF)  mengiktiraf Persatuan Sepak Takraw Malaysia  (PSM).

Presiden Baharu MSC Datuk Suhaili Abdul Rahman menegaskan penubuhan persatuan itu bukan untuk mengantikan PSM, sebaliknya bagi menyelamatkan sukan Sepak Takraw negara.

Jelas Suhaili, ketiadaan badan yang diiktiraf ASTAF akan meletakkan pembangunan sepak takraw negara termasuk persediaan ke Sukan SEA Vietnam yang dijadualkan Mei depan dalam bahaya.

Beliau berkata demikian selepas pemilihan Jawatankuasa Majlis Tertinggi MSC bagi penggal 2022 hingga 2024.

Suhaili bakal dibantu Datuk Khairudin Samad dan Datuk Markiman Kobiran selaku Timbalan Presiden.

Sementara itu, jawatan naib presiden diisi Datuk Ismail Abg Saufi, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah, Syeh Araniri Syed Ahmad dan seorang lagi wakil dari Sabah yang akan diumumkan kemudian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini