MSC Malaysia yang diperkenalkan pada 1996, akan dipertingkat dan dinamakan semula sebagai Malaysia Digital. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini penting berikutan MSC Malaysia perlu berkembang sejajar dengan perubahan pesat norma sosioekonomi yang menjadi tindak balas terhadap kemajuan teknologi digital secara berterusan.

Malah, sejak diperkenalkan, MSC Malaysia terbukti menjadi pemangkin dan mentransformasi Malaysia sebagai ekonomi berteraskan pengetahuan, kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Ekonomi Digital Malaysia di Ekspo 2020 Dubai. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini