Majlis Sukan Negara (MSN) bakal menjadikan Pusat Perahu Layar Hang Jebat, Melaka sebagai kompleks pelayaran  bagi menempatkan pelayar-pelayar Kebangsaan kategori International 470, Laser dan Windsurfing.

Ini menjadikan kompleks itu yang kedua dikawal selia MSN selepas Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi di Kedah.

MSN melalui satu kenyataan menjelaskan, pihaknya akan menjalin kerjasama bersama Universiti Teknikal Melaka (UTEM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah dan Akademi Laut Malaysia. 

Ini bagi membolehkan pelayar-pelayar berumur 17 tahun ke atas melanjutkan pelajaran dan menjalani latihan di pusat pelayaran itu pada masa yang sama.

Selain bagi tujuan latihan, MSN juga akan membantu Persatuan Pelayaran Melaka menjadikan pusat itu sebagai destinasi pelancongan air bagi menggerakkan ekonomi masyarakat setempat.

Pusat Perahu Layar Hang Jebat secara rasmi diambil alih oleh MSN daripada pengurusan Kerajaan Negeri Melaka pada Julai lalu. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini