Majlis Sukan Negara (MSN) sedang merancang untuk mendapatkan jurulatih jangka panjang untuk skuad olahraga para negara, termasuk bagi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata demikian, sebagai mengulas mengenai kontrak Ketua Jurulatih Atlet Para Negara, R.Jeganathan yang tamat hujung tahun lepas kerana faktor usianya melepasi 60 tahun.

Semalam, MSN menerusi catatan di Twitternya memaklumkan rayuan Jeganathan akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Jurulatih tersebut telah melahirkan beberapa jaguh olahraga, khususnya pelari pecut para, Mohamad Ridzuan sehingga muncul Juara Paralimpik dan Kejohanan Dunia Para.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini