Pemberian elaun kepada atlet kebangsaan yang diberikan kontrak baharu menjalani program latihan tahun ini disemak semula.

Ini akan mengambil kira prestasi atlet menerusi temasya sukan disertai sejak 2018.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara , Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan, penstrukturan ini dibuat berdasarkan peruntukan kewangan yang terhad. Menurutnya pemenang pingat emas Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN akan menerima elaun RM2,000 manakala RM8,00 bagi perak dan gangsa.

Untuk temasya Sukan Komanwel dan Asia, pemenang emas menerima RM4,500, manakala perak RM4,000 dan gangsa RM3,500.

Pemenang emas Sukan Olimpik pula menerima elaun RM7,500, manakala perak RM7,000 dan gangsa RM6,500.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini