Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) memperkenal sijil pematuhan SOP Covid-19 di semua premis berkaitan dengan sektor terbabit di negara ini.

Presidennya, Uzaidi Udanis berkata, sijil tersebut mendapat pengiktirafan pelbagai agensi dari dalam dan luar negara, bagi memastikan premis mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Jelasnya, setakat ini lebih 3,000 pemain industri mendapat sijil perakuan pematuhan berkenaan.

Tambahnya sijil itu dikeluarkan secara percuma oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan hasil kerjasama MTC. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini