Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 bagi Seksyen 11 dan 12 akan dibentangkan pada sesi pertama Parlimen tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata  ia telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Tanah Negara (MTN) ke-79, Jabatan Peguam Negara, serta Jemaah Kabinet.

Selain RUU tersebut, terdapat tiga lagi kertas dibentangkan di Mesyuarat MTN, mengenai beberapa dasar penting berkaitan dengan perhutanan dan perlombongan.

MTN juga telah bersetuju dengan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia.

Semua kerajaan negeri perlu melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram di setiap negeri selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022. MTN juga telah bersetuju secara prinsip dengan pelaksanaan Moratorium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam HSK di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini