Skuad Melaka United (MUFC) meletakkan sasaran untuk menjulang sekurang-kurangnya satu piala selain menduduki tempat ketiga Liga Super musim ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Justin Lim Hwa Tat, beliau yakin sasaran itu mampu dicapai di bawah kendalian jurulatih baharu, Risto Vidakovic.

Jelasnya, kemampuan jurulatih serta pengalaman para pemain mampu mencipta sejarah baharu buat pasukan itu. 

MUFC berjaya menjulang Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka 2022 selepas menundukkan Selangor 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 3 sama sepanjang 90 minit permainan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini