Mukim Siong dan Mukim Bongor di daerah Baling, Kedah dikenal pasti antara kawasan berisiko dilanda semula banjir kilat dalam tempoh monsun timur laut sehingga awal tahun depan. Faktor taburan hujan yang tinggi melebihi dua jam menyebabkan kawasan tersebut mudah dinaiki air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapten Pertahanan Awam Rasidah Kassim berkata, bagi memudahkan operasi pemindahan penduduk terjejas, Pusat Pemindahan Semenatra (PPS) yang disediakan ditempatkan di kawasan berdekatan kampung terlibat.

Di Mukim Siong, kampung yang sering dilanda banjir termasuk Kampung Baharu, Kampung Kuala Kedua, Kampung Batu 60, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Lalang, Kampung Siput, Kampung Chenerai, Kampung Bandar, Kampung Surau  kampung Weng Dalam, Kampung Seri Ketengga dan kampung Batu 8.

Manakala mukim Bongor melibatkan kampung Padang Cicar, Kampung Kaki Bukit, Kampung Bendang , Kampung Batu 7, Kampung Teluk Sanau dan Kampung Banggol derom. 28 September lalu, banjir kilat berlaku di daerah itu dengan melibatkan empat mukim dan 14 PPS dibuka.     

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini