20 mumia terdiri daripada 8 kanak-kanak dan bayi ditemukan di kawasan bandar purba di Cajamarquilla di Lima, Peru.

Menurut ahli arkeologi negara itu, kesemua mumia ini berusia antara 800 hingga 1,200 tahun dan telah dikorbankan untuk mengiringi golongan bangsawan bagi menjalani kehidupan selepas mati.

Sebahagian besar mumia berkenaan berada di dalam kubur mumia lelaki bangsawan yang ditemukan dalam keadaan mengerikan dengan tangan menutup mukanya serta diikat dengan tali.

Beberapa kecederaan juga ditemui pada mumia kanak-kanak berkenaan dan ini menjadi bukti yang mereka mungkin dikorbankan untuk mengiringi mumia ke alam ghaib.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini