Bekas penerjun wanita negara, Leong Mun Yee berhasrat untuk meneruskan perancangannya membuka akademi sendiri.

Menurutnya, ia bagi membantu memajukan sukan terjun di Malaysia.

Jelas Mun Yee, dia telah mengadakan perbincangan dengan Malaysia Swimming (MS) mengenai idea berkenaan sebelum ini.

Tambahnya, akademi tersebut diharap turut mendapat kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Lokasi pertama yang dirancang adalah di Bukit Jalil pada Jun ini dan jika mendapat sambutan akademi kedua akan dibangunkan di tempat kelahirannya, Ipoh Perak.

Dalam masa sama, Mun Yee memaklumkan akan berkahwin dengan seorang bekas atlet berasal dari Johor pada Jun.

Dia ditemui media di premis miliknya di Taman Kuchai di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini