Murid sekolah rendah akan dibenarkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah bermula minggu ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berdasarkan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM), para murid yang dipilih kemudiannya perlu mengemukakan hasil ujian saringan berkenaan kepada pihak sekolah.

Jelasnya, 10 peratus murid sekolah rendah dipilih secara rawak setiap minggu untuk menjalani ujian kendiri COVID-19 yang dilaksanakan di sekolah mulai 1 Disember tahun lepas.

Pelaksanaan ujian kendiri itu hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM dan dibuat dengan pemantauan guru.

Mengulas lanjut, pelaksanaan ini memerlukan peranan ibu bapa dalam memastikan ujian saringan COVID-19 dilaksana dengan teratur dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM supaya sesi persekolahan dapat berlangsung dengan selamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini