Masyarakat beragama Islam di India telah diganggu ketika menunaikan solat berjemaah oleh sekumpulan aktivis negara berkenaan.

Insiden terbaharu yang berlaku di Gurgaon itu sekali lagi membuktikan penindasan terhadap populasi muslim oleh kerajaan India yang menerima sokongan kuat puak Nasionalis Hindu.

Gurgaon merupakan sebuah bandar moden baharu yang terletak di luar ibu negara India, New Delhi.

Kira-kira 500,000 masyarakat muslim tinggal di bandar berkenaan yang kebanyakkannya berhijrah ke sana bagi peluang pekerjaan.

Terdapat 15 buah Masjid di sekitar bandar tersebut, namun kerajaan tempatan enggan membina masjid baharu bagi menampung populasi muslim yang semakin bertambah, sebaliknya mereka membangunkan beberapa lagi kuil Hindu di kawasan berkenaan.

Aktivis dan Nasionalis Hindu menganggap  tindakan masyarakat muslim menunaikan solat secara terbuka telah mencetuskan masalah dalam negara mereka dan juga seluruh dunia.

Kemenangan Perdana Menteri, Narendra Modi dalam pilihan raya 2014 juga telah menyebabkan puak Nasionalis India semakin lantang mengumumkan negara mereka sebagai sebuah kerajaan Hindu, sekali gus menyaksikan lebih 200 juta masyarakat minoriti muslim sebagai ‘orang luar’ yang berbahaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini