Lembaga Tabung Haji (TH) melantik Mustakim Mohamad sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan yang baharu berkuatkuasa 16 Disember 2021.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan Mustakim adalah berdasarkan pengalaman beliau selama 18 tahun dalam bidang pengurusan kewangan, pelaburan dan operasi di TH.

TH juga yakin kepakaran beliau dapat mengukuhkan lagi pentadbiran kewangan dan membantu Kumpulan TH menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar akibat kesan wabak Covid-19.

Mustakim telah memangku jawatan Ketua Pegawai Kewangan susulan peletakan jawatan Datuk Merina Abu Tahir.

Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Eksekutif Operasi dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH pada Ogos 2018 sehingga April 2020.

Mustakim merupakan lulusan Sarjana Kewangan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dan akauntan bertauliah yang diiktiraf Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini