Muzium Kebudayaan Masyarakat Cina di Seremban menjadi daya tarikan pelancongan terbaru di Negeri Sembilan.

Pembukaannya membolehkan budaya Malaysia yang pelbagai ditonjolkan kepada dunia.

Muzium terbabit dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut beliau, ia merupakan antara usaha Lembaga Pelancongan Negeri menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri itu.

Tarikan terbaru itu juga membolehkan masyarakat tempatan lebih menghargai dan memahami kepelbagaian budaya negara ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini