Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menangguhkan keputusan mengenai siapa yang akan mewakili Afghanistan dan Myanmar ke badan dunia yang dianggotai 193 negara itu.

Keputusan  itu dibuat selepas mesyuarat tertutup Jawatankuasa Kelayakan Perhimpunan Agung PBB.

Ia dipengerusikan Duta Besar Sweden ke PBB, Anna Enestrom dan ketetapan yang dibuat itu menyaksikan wakil Taliban Afghanistan dan junta tentera Myanmar tidak akan dibenarkan menyertai badan dunia itu buat masa ini.

Jawatankuasa Tauliah, yang terdiri daripada sembilan ahli, diberi mandat untuk meneliti kelayakan wakil negara anggota dan melaporkan kepada Perhimpunan Agung mengenainya.

Taliban sebelum ini mencalonkan jurucakapnya yang berpangkalan di Doha Suhail Shaheen sebagai duta Afghanistan ke PBB.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini