Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menamakan pakar sosiologi dari Singapura, Noeleen Heyzer, sebagai wakil khas ke Myanmar yang baharu menggantikan Christine Schraner Burgener dari Switzerland.

Heyzer, 73 tahun, berpengalaman bertugas sebagai pegawai kanan dalam PBB, termasuk sebagai ketua Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik antara 2007 hingga 2014.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya beliau turut bekerja rapat dengan ASEAN, termasuk bersama pihak berkuasa Myanmar dari segi pembangunan dan berkait masalah kemiskinan.

Sejak rampasan kuasa Februari lalu, PBB dan ASEAN sehingga hari ini masih gagal mendesak junta tentera pimpinan Jeneral Min Aung Hlaing bagi mengadakan dialog politik serta membebaskan pegawai awam yang ditahan.

Setakat ini, kedua-dua perutusan ASEAN yang dilantik masih tidak dapat memasuki Myanmar bagi bertemu bekas pemimpin pilihan rakyat, Aung San Suu Kyi yang kini dipenjarakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini